Dunia digegarkan dengan virus Corona Covid 19.. Pelbagai perubahan dan penyesuaian terpaksa dibuat semua pihak bagi memastikan penyebaran virus ini dapat dikawal dan seterusnya dihentikan.
Shahir tidak terkecuali. Sebagai seorang single parent dan juga frontliner, Shahir terpaksa berkorban masa dan tenaga utk membahagiakan anaknya, Mastura.
Pandemik ini telah menyebabkan babysitter Mastura tidak dapat pulang dari kampungnya di Kelantan. Shahir pula diarahkan bertugas membantu team Covid 19 di hospital tempatnya bekerja.
Tiada pilihan, Shahir terpaksa meninggalkan Mastura seorang diri di rumah sepanjang menjalankan tugas. Jiran mereka, Aunty Geena akan sesekali datang menjenguk Mastura dan membantu apa2 yg perlu.
Shahir dan Mastura sgt terkesan dengan keadaan semasa memandangkan Raya semakin hampir. Harapan mereka hanyalah utk beraya bersama.
Di kesempatan ini saya dan Origina ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para frontliners yg bertungkuslumus bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kita bersama. Hanya doa saja yg kami dapat titipkan utk kalian..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
#PatuhiSOP
#KitaMestiMenang #OriginaSyawal2020